Thursday, November 24, 2011

Kisah Dan Teladan :)

Hyee hari nie saya nak share dekat korang semua apa yang saya baca harap post nie boleh dijadikan teladan ok.
Bismillahiramanirahim,Nabi Musa adalah satu-2nya nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH SWT.Setiap kali dia hendak bermunajat,Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH SWT.Nabi Musa sering bertanya kepada ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga.Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-2 yang lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH SWT.''Ya Allah,siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?''Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,kampung serta tempat tinggalnya.Setelah mendapat jawapan,Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan beberapa pertolongan orang penduduk di situ,Beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam,beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.



Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Sebaliknya,dia masuk ke bilik.Sebentar kemudian,dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.Babi itu didukungnya dengan cermat.

Nabi Musa terkejut melihatnya."Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu kemudian dibersihkan dan dimandikan dengan baik.Setelah itu,Babi itu dilap sehingga kering serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik.Tidak lama kemudian,dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan pula yang lebih besar.babi itu juga dimandi dan dibersihkan.Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta diciumnya dengan penuh kasih sayang.Babi itu juga dihantarnya semula ke bilik.Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.

"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku Agama Tauhid,"Jawab pemuda itu.
"Habis,mengapa kamu membela babi?Kita tidak boleh berbuat begitu",ujar Nabi Musa.
"Wahai Tuhan Hamba",Kata pemuda itu."Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar,Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.Soal dosa mereka dengan ALLAH,itu soal lain.Itu urusan dengan ALLAH.Aku sebagai anak tetap wajib melaksanakan kewajipanku sebagai anak.Hari-2 aku berbakti kepada ibu bapaku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,aku tetap melaksanakan tugasku",sambungnya.

"Setiapmhari aku tidak putus-2 berdoa kepada ALLAH agar mereeka diampunkan.Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia semula,tetapi ALLAH masih belum memakbulkan doaku lagi",tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.s.

"Wahai Musa , inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti,hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.Oleh itu Kami Naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".

Allah juga berfirman yang bermaksud.
"Oleh kerana dia telah berada di makam anak yang soleh di sisi Kami maka, Kami angkat doanya.Tempat kedua ibu bapanya Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke syurga".
Itulah berkat anak yang soleh.Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kepada ibu bapanya.Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

MORAL :
Walaubagaimanapun buruk sekalipun perangai kedua ibu bapa kita,kewajipan kita tetap perlu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka telah menjaga kita dari kecil hinggalah dewasa.
Sebanyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan hendaklah kita berusaha meminta kepada ALLAH SWT supaya kedua  ibu bapa kita diampuni oleh ALLAH SWT.
Sesungguhnya doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Erm ok itu sahaja yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.Agar ia dapat memberikan kita pengajaran.
Terima Kasih.Salam :)